Terjemahan Bahasa Melayu di translate.wordpress.com

Salah satu projek yang kami rancangkan ialah menyiapkan terjemahan Bahasa Melayu di WordPress.com. Sasaran bagi menyiapkan terjemahan di WordPress.com ialah selama 1 bulan. Ianya tidak hanya terbuka pada pengguna WordPress.com tetapi pengguna WordPress.

Saya berminat untuk menyumbang

Anda memerlukan nama pengguna (username) dan kata laluan (password) yang sama di WordPress.com. Jika tiada, anda boleh mendaftar akaun WordPress.com.

  1. Lawat http://translate.wordpress.com/projects/wpcom/ms/default
  2. Log masuk menggunakan nama pengguna dan kata laluan WordPress.com.

Anda boleh menggunakan Kamus Rujukan Terbitan DBP sebagai kamus rujukan.

Pada keseluruhannya, terdapat sejumlah 3251 strings yang perlu diterjemah. Setelah dikenalpasti dan disahkan beberapa kali, terdapat beberapa strings yang berulang.

Buat masa ini sahaja terdapat 5 orang sukarela yang dikenalpasti sedang aktif dalam projek ini. Jika anda mahu terlibat secara langsung, sila tinggalkan nama dan URL anda di komen entri ini.

Kami berharap setelah projek terjemahan ini selesai, proses menterjemah WordPress akan menjadi mudah dengan bantuan terjemahan yang telah siap di WordPress.com.