WordPress 2.7.1

WordPress 2.7.1 sudah keluar. Versi ini merupakan versi kemas kini untuk aliran 2.7. Anda boleh mendapatkannya dengan mengunjungi laman muat turun. Sekiranya anda adalah pengguna versi 2.7 yang sedia ada, anda juga boleh meningkatkan perisian WordPress anda dengan mudah melalui ciri kemas kini automatik: menu Alatan > Peningkatan, kemudian klik butang Peningkatan Automatik. Selamat berjaya!