WordPress versi Melayu

WordPress sudah pun diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.

Pengguna baru

Sila ke laman ini untuk memuat turun keluaran WordPress versi Melayu yang terbaru:

Pengguna lama

Pengguna WordPress yang sediakala yang mahukan antara muka blog mereka diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu boleh mendapatkan fail-fail terjemahan daripada pautan ini:

Anda boleh merujuk kepada artikel Installing WordPress in Your Language untuk panduan pemasangan.

Nota: Fail-fail ini telah diselarikan kepada WordPress versi 2.1.3. Pengguna lama perlu meningkatkan pemasangan WordPress mereka kepada versi terakhir sebelum memasang fail-fail ini.

Terjemahan Bahasa Melayu di translate.wordpress.com

Salah satu projek yang kami rancangkan ialah menyiapkan terjemahan Bahasa Melayu di WordPress.com. Sasaran bagi menyiapkan terjemahan di WordPress.com ialah selama 1 bulan. Ianya tidak hanya terbuka pada pengguna WordPress.com tetapi pengguna WordPress.

Saya berminat untuk menyumbang

Anda memerlukan nama pengguna (username) dan kata laluan (password) yang sama di WordPress.com. Jika tiada, anda boleh mendaftar akaun WordPress.com.

  1. Lawat http://translate.wordpress.com/projects/wpcom/ms/default
  2. Log masuk menggunakan nama pengguna dan kata laluan WordPress.com.

Anda boleh menggunakan Kamus Rujukan Terbitan DBP sebagai kamus rujukan.

Pada keseluruhannya, terdapat sejumlah 3251 strings yang perlu diterjemah. Setelah dikenalpasti dan disahkan beberapa kali, terdapat beberapa strings yang berulang.

Buat masa ini sahaja terdapat 5 orang sukarela yang dikenalpasti sedang aktif dalam projek ini. Jika anda mahu terlibat secara langsung, sila tinggalkan nama dan URL anda di komen entri ini.

Kami berharap setelah projek terjemahan ini selesai, proses menterjemah WordPress akan menjadi mudah dengan bantuan terjemahan yang telah siap di WordPress.com.