Terjemahan Bahasa Melayu di translate.wordpress.com

Salah satu projek yang kami rancangkan ialah menyiapkan terjemahan Bahasa Melayu di WordPress.com. Sasaran bagi menyiapkan terjemahan di WordPress.com ialah selama 1 bulan. Ianya tidak hanya terbuka pada pengguna WordPress.com tetapi pengguna WordPress.

Saya berminat untuk menyumbang

Anda memerlukan nama pengguna (username) dan kata laluan (password) yang sama di WordPress.com. Jika tiada, anda boleh mendaftar akaun WordPress.com.

  1. Lawat http://translate.wordpress.com/projects/wpcom/ms/default
  2. Log masuk menggunakan nama pengguna dan kata laluan WordPress.com.

Anda boleh menggunakan Kamus Rujukan Terbitan DBP sebagai kamus rujukan.

Pada keseluruhannya, terdapat sejumlah 3251 strings yang perlu diterjemah. Setelah dikenalpasti dan disahkan beberapa kali, terdapat beberapa strings yang berulang.

Buat masa ini sahaja terdapat 5 orang sukarela yang dikenalpasti sedang aktif dalam projek ini. Jika anda mahu terlibat secara langsung, sila tinggalkan nama dan URL anda di komen entri ini.

Kami berharap setelah projek terjemahan ini selesai, proses menterjemah WordPress akan menjadi mudah dengan bantuan terjemahan yang telah siap di WordPress.com.

29 thoughts on “Terjemahan Bahasa Melayu di translate.wordpress.com

  1. Pingback: Terjemahan ke Bahasa Melayu di translate.wordpress.com « Azmie.net

  2. TERKINI!!!

    Pada Disember 20, 2006 jam 9:51PM sebanyak 1375 daripada 3251 strings telah dialih bahasakan dalam bahasa Melayu.

    Teruskan agenda memartabatkan bahasa Melayu!

  3. setuju kata bro zeo… lagipun dalam membuat entrepetasi atau translasi.. ianya kene sesuai dengan fungsi perkataan tersebut…

    sebagai contoh dalam pengambaran filem;
    frasa “cut” adalah dalam bahasa inggeris, tapi apabila seorang pengarah mengatakan “cut” maka lakonan itu akan berhenti. Hal ini membawa maksud berhenti. Ada juga “cut” membawa maksud potong. Bergantung kepada fungsi dan keadaan.

    Begitu juga “Admin Actions”= Aksi Admin; aksi tidak sesuai, maka tindakan sesuai… bergantung pada kelaziman…

    Sekadar pandangan… kalau silap perbetulkan…

  4. Cik ikoko, tu nama khas.. tak yah ubah.. ahahhaa
    maksud “pasang plug” tu khusus untuk memasang plug pada kenderaan.

  5. uhuhuh.. rase cam janggal lak sbb dah biase pakai yg bi puyer. tapi ni memang cubaan yang bagus.. great job my bro

  6. Untuk sementera tu buang jer ‘s’. Cth Plugins = Plugin, Tags = Tag. Kitaorg pun tak sure sebab byk perkataan baru. Nanti akan try rujuk pada projek-projek lain.

  7. Pingback: Wordpress dalam Bahasa Melayu « www.crazychildz.com

  8. Saya pun..tapi macam mane caranya nak menyumbang yea? tolong nasihatkan. terima kasih:)

  9. bagusnya..tapi sukar juga projek ni. Saya turut menyokong dan ingin menyumbang. ( yang salah tu harap diperbetulkan )

  10. x perlu la nak terjemah ikut bulat² kot. ikut sesedap rasa pun jadik.. isikan Optional clarification comment jika meragukan ;p

  11. a’kum…saya br jd ahli..ini kerja sukarela ke? dr bhs apa je ke bm?sy xsmpt lg tgk hbs web ni…tq

  12. saya suguuh bnga la apa yg telah dilakukan ni!! tpi satu jer yg x puas ati yg org di melaysia ni pemalas nk usaha!! klo wat apa2 pon xkan berjaya la!!

Tinggalkan Jawapan