WordPress 2.9.1

Sukacitanya kami mengumumkan WordPress 2.9.1 versi bahasa Melayu. Sila dapatkannya dengan mengunjungi laman muat turun.

Pengguna WordPress sedia ada boleh terus meningkatkan perisian WordPress kepada versi yang terkini dengan melakukan Peningkatan Automatik: pilih menu Alatan > Peningkatan, kemudian klik butang “Peningkatan Automatik”. Sila pastikan anda memilih pakej bahasa Melayu (mempunyai kod “ms_MY”).

Selamat memblog!

WordPress 2.8.2, 2.8.3, dan 2.8.4

Kami telah menyiapkan terjemahan untuk WordPress versi 2.8.2, 2.8.3, dan 2.8.4. Para pengguna setia kami dinasihatkan supaya terus meningkatkan perisian WordPress yang dipasang kepada versi yang terbaru, 2.8.4.

Anda boleh mendapatkan kesemua pakej WordPress versi bahasa Melayu yang terkini dengan mengunjungi http://ms.wordpress.org/releases/. Selamat memblog, dan selamat berpuasa untuk pengguna Muslim.