Petua Upgrade dan Update salinan WordPress anda

Mengupgrade atau mengupdate salinan WordPress anda adalah kerja yang mudah, jika:

  • Anda tidak membuat sebarang modifikasi atau perubahan pada fail-fail WordPress samaada difolder wp-admin, wp-includes ataupun direktori akar (root directory)
  • Mempunyai akses FTP (File Transfer Protocol) dan memahami selok belok memuat naik fail menggunakan FTP dan struktur fail WordPress
  • Memahami bagaimana melakukan backup (database dan salinan WordPress anda)

Berikut merupakan petua dan sedikit trivia sebelum membuat sebarang upgrade atau update:

  • Menyahaktifkan (deactivate) plugin-plugin anda. Ini akan memudahkan proses mengenalpasti plugin-plugin yang tidak compatible dengan salinan WordPress baru anda. Aktifkan satu demi satu plugin-plugin yang anda gunakan setelah selesai proses update / upgrade. Penggunaan function_exists bersama-sama kod plugin di templat anda adalah satu langkah yang bijak
  • Anda tidak perlu mengganti atau memuat naik folder wp-content (jika wujud) kerana folder ini mempunyai kebarangkalian yang paling rendah untuk sebarang perubahan. Folder ini letaknya fail-fail peribadi seperti tema, plugin dan attachment
  • Membuat backup terhadap folder wp-content. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, folder tersebut letaknya fail-fail peribadi WordPress anda
  • Membuat backup terhadap database WordPress anda. Anda boleh menggunakan Control Panel (seperti CPanel, WHM) ataupun plugin WP-DB Backup
  • Terdapat situasi dimana anda perlu melawat http://yourdomain.com/wp-admin/upgrade.php jika WordPress membuat sebarang perubahan pada database

Jika anda mahu mengupgrade WordPress anda secara automatik, silalah mencuba plugin InstantUpgrade (mencuba adalah di atas risiko sendiri).

WordPress 2.1 “Ella”

WordPress 2.1 “Ella” boleh diperolehi dan dimuat turun pada halaman download WordPress. Versi terbaru ini dinamakan bersempena penyanyi Jazz Ella Fitzgerald. Untuk maklumat lanjut sila rujuk entri WordPress 2.1 “Ella” di blog pembangunan WordPress. Anda dinasihatkan untuk mengupgrade versi WordPress anda. Dan sekiranya anda seorang pembangun plugin mahupun tema untuk WordPress, pastikan ianya compatible dengan keluaran terbaru ini.