Petua Upgrade dan Update salinan WordPress anda

Mengupgrade atau mengupdate salinan WordPress anda adalah kerja yang mudah, jika:

  • Anda tidak membuat sebarang modifikasi atau perubahan pada fail-fail WordPress samaada difolder wp-admin, wp-includes ataupun direktori akar (root directory)
  • Mempunyai akses FTP (File Transfer Protocol) dan memahami selok belok memuat naik fail menggunakan FTP dan struktur fail WordPress
  • Memahami bagaimana melakukan backup (database dan salinan WordPress anda)

Berikut merupakan petua dan sedikit trivia sebelum membuat sebarang upgrade atau update:

  • Menyahaktifkan (deactivate) plugin-plugin anda. Ini akan memudahkan proses mengenalpasti plugin-plugin yang tidak compatible dengan salinan WordPress baru anda. Aktifkan satu demi satu plugin-plugin yang anda gunakan setelah selesai proses update / upgrade. Penggunaan function_exists bersama-sama kod plugin di templat anda adalah satu langkah yang bijak
  • Anda tidak perlu mengganti atau memuat naik folder wp-content (jika wujud) kerana folder ini mempunyai kebarangkalian yang paling rendah untuk sebarang perubahan. Folder ini letaknya fail-fail peribadi seperti tema, plugin dan attachment
  • Membuat backup terhadap folder wp-content. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, folder tersebut letaknya fail-fail peribadi WordPress anda
  • Membuat backup terhadap database WordPress anda. Anda boleh menggunakan Control Panel (seperti CPanel, WHM) ataupun plugin WP-DB Backup
  • Terdapat situasi dimana anda perlu melawat http://yourdomain.com/wp-admin/upgrade.php jika WordPress membuat sebarang perubahan pada database

Jika anda mahu mengupgrade WordPress anda secara automatik, silalah mencuba plugin InstantUpgrade (mencuba adalah di atas risiko sendiri).

Leave a Reply