WordPress 2.7.1

WordPress 2.7.1 sudah keluar. Versi ini merupakan versi kemas kini untuk aliran 2.7. Anda boleh mendapatkannya dengan mengunjungi laman muat turun. Sekiranya anda adalah pengguna versi 2.7 yang sedia ada, anda juga boleh meningkatkan perisian WordPress anda dengan mudah melalui ciri kemas kini automatik: menu Alatan > Peningkatan, kemudian klik butang Peningkatan Automatik. Selamat berjaya!

4 thoughts on “WordPress 2.7.1

  1. Terima kasih atas penterjemahan WordPress ke dalam Bahasa Melayu. Saya ingin nak tahu bilakah penterjemahan versi 2.8 akan sedia untuk dimuat turun?

  2. nampaknya versi 2.8 seperti takkan ada versi BM.
    admin kemana, tak reply komen pun??

    sekarang release candidate untuk 2.8.1 dah boleh dimuat turun.

    lagipun versi 2.8 terdapat ‘bug’. ianya telah diperbaiki dalam versi 2.8.1 versi beta. saya telah test drive 2.8, memang terdapat ralat. sesetengah tema yang mempunyai ‘option panel’ tidak menunjukkan pilihan senarai kategori. kemudian test drive pula versi 2.8.1 beta – ralat diperbaiki.

    sekarang release candidate untuk versi 2.8.1 dah keluar. pengguna 2.8 sila upgrade utk menilai progres, termasuk memperbaiki ralat pada versi 2.8 (please – backup database terlebih dulu).

Tinggalkan Jawapan