Terjemahan Bahasa Melayu di translate.wordpress.com

Salah satu projek yang kami rancangkan ialah menyiapkan terjemahan Bahasa Melayu di WordPress.com. Sasaran bagi menyiapkan terjemahan di WordPress.com ialah selama 1 bulan. Ianya tidak hanya terbuka pada pengguna WordPress.com tetapi pengguna WordPress.

Saya berminat untuk menyumbang

Anda memerlukan nama pengguna (username) dan kata laluan (password) yang sama di WordPress.com. Jika tiada, anda boleh mendaftar akaun WordPress.com.

  1. Lawat http://translate.wordpress.com/set-lang.php?lang_id=ms
  2. Log masuk menggunakan nama pengguna dan kata laluan WordPress.com.
  3. Setelah anda berjaya log masuk, pastikan anda memilih Bahasa Melayu sebagai bahasa pilihan.
  4. Seterusnya, anda mempunyai 2 pilihan sama ada menterjemah melalui ‘All Item‘ atau ‘Translate Random‘.
  5. Jika anda memilih ‘All Item‘, anda boleh memilih sebarang strings yang anda mahu terjemahkan daripada satu senarai panjang. Pautan ‘Add‘ akan kelihatan jika tidak terdapat sebarang terjemahan pada frasa tersebut manakala ‘Edit‘ jika terdapat satu atau lebih terjemahan pada frasa tersebut.
  6. Jika anda memilih ‘Translate Random‘, proses pemilihan strings akan dilakukan secara rawak.

Anda boleh menggunakan Kamus Rujukan Terbitan DBP sebagai kamus rujukan.

Pada keseluruhannya, terdapat sejumlah 3251 strings yang perlu diterjemah. Setelah dikenalpasti dan disahkan beberapa kali, terdapat beberapa strings yang berulang.

Buat masa ini sahaja terdapat 5 orang sukarela yang dikenalpasti sedang aktif dalam projek ini. Jika anda mahu terlibat secara langsung, sila tinggalkan nama dan URL anda di komen entri ini.

Kami berharap setelah projek terjemahan ini selesai, proses menterjemah WordPress akan menjadi mudah dengan bantuan terjemahan yang telah siap di WordPress.com.

27 Respons bagi “Terjemahan Bahasa Melayu di translate.wordpress.com”

  1. rasso Says:

    Sekarang nampak sudah ada usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu…

  2. Zeo Says:

    Walaupun grammar BM dah hancur, tapi yang penting usaha! Marilah bersama-sama belajar dari kesilapan :)

  3. rasso Says:

    Sokong !!!

  4. Terjemahan ke Bahasa Melayu di translate.wordpress.com « Azmie.net Says:

    [...] Sila ke laman web INI untuk mengetahui cara-cara untuk menyertai projek murni ini. [...]

  5. rasso Says:

    TERKINI!!!

    Pada Disember 20, 2006 jam 9:51PM sebanyak 1375 daripada 3251 strings telah dialih bahasakan dalam bahasa Melayu.

    Teruskan agenda memartabatkan bahasa Melayu!

  6. skyati Says:

    kewl.. siapa yang recheck balik semua translated strings nee?

  7. Zeo Says:

    rasso, gila robot mereka ini.

    skyati, maybe nanti akan upah guru BM sekolah rendah suruh check!

  8. rasso Says:

    Bro Zeo; Ha Ha…
    nak upah guru BM sekolah rendah?? ehehehe
    better kiter minta DBP tolong rechek…

  9. CincauHangus Says:

    Translasi:

    Admin Actions = Aksi Admin.

    Sounds weird la.. woops. Bunyinye tak betul la..

  10. CincauHangus Says:

    That’s it! What are you waiting for? Go login!
    =
    Oi! Apa anda tunggu lagi? Login Sekarang!

    konfirm salah.. =.= tak nak translate lagi la.. nanti salah pulak =.=”

  11. Zeo Says:

    CincauHangus, ‘action’ = ‘tindakan’. Nampak sesuai daripada ‘aksi’.

  12. rasso Says:

    setuju kata bro zeo… lagipun dalam membuat entrepetasi atau translasi.. ianya kene sesuai dengan fungsi perkataan tersebut…

    sebagai contoh dalam pengambaran filem;
    frasa “cut” adalah dalam bahasa inggeris, tapi apabila seorang pengarah mengatakan “cut” maka lakonan itu akan berhenti. Hal ini membawa maksud berhenti. Ada juga “cut” membawa maksud potong. Bergantung kepada fungsi dan keadaan.

    Begitu juga “Admin Actions”= Aksi Admin; aksi tidak sesuai, maka tindakan sesuai… bergantung pada kelaziman…

    Sekadar pandangan… kalau silap perbetulkan…

  13. ikoko Says:

    kalau “Plugins” tu .. nak guna “plugins” juga atau nak tukar apa ye? pasang plug?

  14. Zeo Says:

    Plugin.

    Try check dulu mana mana perkataaan tu wujud atau tidak kat Kamus DBP tu kalau wujud.

  15. rasso Says:

    Cik ikoko, tu nama khas.. tak yah ubah.. ahahhaa
    maksud “pasang plug” tu khusus untuk memasang plug pada kenderaan.

  16. shadowX_19 Says:

    uhuhuh.. rase cam janggal lak sbb dah biase pakai yg bi puyer. tapi ni memang cubaan yang bagus.. great job my bro

  17. ikoko Says:

    alerhai.. malu lah saya.. :p takpe.. kang check kat DBP nye kamus.. :D

  18. Zeo Says:

    Untuk sementera tu buang jer ’s’. Cth Plugins = Plugin, Tags = Tag. Kitaorg pun tak sure sebab byk perkataan baru. Nanti akan try rujuk pada projek-projek lain.

  19. rasso Says:

    chek jangan tak chek… ehehehe

  20. Wordpress dalam Bahasa Melayu « www.crazychildz.com Says:

    [...] Hmmm….satu berita baik utk pggna Wordpress ! Kalo selama ni x phm coz dlm English, x lama lgi akn ade nye Wordpress versi BM ! same2 lar kite mmbntu mntranslatekan perkataan2 yg ade kt WP ni kpd Bahasa Melayu…Klik c-nih [...]

  21. artgeex Says:

    count me in

  22. kerchak Says:

    Saya berminat untuk menyumbang!

  23. Mustaqeem Adam Says:

    Saya pun..tapi macam mane caranya nak menyumbang yea? tolong nasihatkan. terima kasih:)

  24. naem Says:

    bagusnya..tapi sukar juga projek ni. Saya turut menyokong dan ingin menyumbang. ( yang salah tu harap diperbetulkan )

  25. Hariadi Says:

    x perlu la nak terjemah ikut bulat² kot. ikut sesedap rasa pun jadik.. isikan Optional clarification comment jika meragukan ;p

  26. khai style Says:

    macam mane nk terjamahkan. selain dari http://www.citcat.com ada tak meb lain selain itu

  27. fizahadi Says:

    a’kum…saya br jd ahli..ini kerja sukarela ke? dr bhs apa je ke bm?sy xsmpt lg tgk hbs web ni…tq

Tinggalkan Jawapan