Dapatkan versi terkini WordPress 2.2.1 dihalaman muat turun WordPress.
Category Archives: keluaran
WordPress 2.2 “Getz”
Versi terbaru WordPress telah pun dikeluarkan. Muat turun pakej baru di halaman Download WordPress.org.
Bagi saya, yang menarik pada keluaran ini ialah WordPress Widgets telah menjadi sebahagian daripada kod teras WordPress. Ini bermakna anda tidak perlu muat turun WordPress Widgets secara berasingan. Untuk maklumat lanjut sila rujuk pengumuman rasmi WordPress 2.2.
WordPress 2.1.3 dan 2.0.10
Ini adalah keluaran sekuriti update untuk cabang WordPress 2.1 dan 2.0. Penting bagi semua pengguna WordPress untuk mengupdate salinan anda ke versi 2.1.3 atau 2.0.10. Antara yang menjadi tumpuan dalam keluaran ini adalah pembetulan isu XSS, XML-RPC dan pendekataan proaktif terhadap keselamatan kod WordPress pada masa hadapan.
WordPress 2.1.1 Merbahaya
Anda harus upgrade kesemua fail-fail anda ke 2.1.2 secepat mungkin
, desak Matt melalui WordPress Dev blog. Hanya efek kepada mereka yang memuat-turun fail WordPress melalui halaman WordPress Download (dalam lingkungan 3-4 hari yang lalu) dan tidak melalui SVN.
WordPress 2.1.1 dan 2.0.9
Versi 2.1.1 melibatkan pembetulan 30 pepijat seperti encoding, XML-RPC, cache objek, dan kod HTML. Manakala versi 2.0.9 hanya mengandungi update sekuriti yang terdapat pada kod terdahulu yang digunakan untuk menghalang Cross site scripting (XSS).
Seperti biasa, versi 2.1.1 boleh di muat-turun di halaman Download WordPress dan 2.0.9 di halaman arkib release WordPress.