Dapatkan versi terbaru ini dihalaman muat turun WordPress. Anda dinasihatkan mengemaskini salinan WordPress anda ke versi ini kerana ia berkaitan dengan sekuriti.
Author Archives: zeo
WordPress 2.2.1
Dapatkan versi terkini WordPress 2.2.1 dihalaman muat turun WordPress.
WordPress 2.2 “Getz”
Versi terbaru WordPress telah pun dikeluarkan. Muat turun pakej baru di halaman Download WordPress.org.
Bagi saya, yang menarik pada keluaran ini ialah WordPress Widgets telah menjadi sebahagian daripada kod teras WordPress. Ini bermakna anda tidak perlu muat turun WordPress Widgets secara berasingan. Untuk maklumat lanjut sila rujuk pengumuman rasmi WordPress 2.2.
WordPress 2.1.3 dan 2.0.10
Ini adalah keluaran sekuriti update untuk cabang WordPress 2.1 dan 2.0. Penting bagi semua pengguna WordPress untuk mengupdate salinan anda ke versi 2.1.3 atau 2.0.10. Antara yang menjadi tumpuan dalam keluaran ini adalah pembetulan isu XSS, XML-RPC dan pendekataan proaktif terhadap keselamatan kod WordPress pada masa hadapan.
Pautan-pautan Menarik
Berikut merupakan pautan-pautan menarik untuk para pengguna WordPress:
- WordPress Codex
WordPress Codex merupakan projek dokumentasi dan manual online untuk WordPress. Dengan erti kata lain, ianya adalah Ensiklopedia Pengetahuan WordPress. Topik-topik merangkumi cara-cara penggunaan WordPress daripada proses pemasangan sehinggalah proses kemaskini
- Forum Bantuan WordPress
Di forum ini, pengguna WordPress boleh membuat sebarang pertanyaan mengenai WordPress, meminta pendapat, mencari jawapan kepada permasalahan dan juga berinteraksi bersama-sama pengguna WordPress yang lain dari seluruh dunia
- Direktori Tema WordPress
Direktori atau portal ini memaparkan tema-tema untuk WordPress yang telah dikongsi oleh pengguna-pengguna WordPress. Tema-tema yang dipaparkan boleh dimuat turun dan digunakan di blog WordPress anda. Jika anda seorang pereka tema WordPress, anda boleh memohon mendapatkan kebenaran untuk memuat naik tema anda pada direktori tersebut
- Direktori Plugin WordPress
Anda boleh menyemak, memuat turun, mengundi dan komen plugin-plugin terkini pada direktori tersebut dengan menggunakan username dan password sama di forum WordPress.org. Jika plugin anda menggunakan lesen GPL, anda boleh menambah dan hos plugin WordPress anda pada direktori tersebut