WordPress 2.0.7

Anda dinasihatkan mengupgrade salinan WordPress anda ke versi baru 2.0.7. Keluaran ini melibatkan pepijat yang dikenalpasti pada beberapa versi PHP yang boleh membawa kepada kerentanan sekuriti (security vulnerability) pada blog anda. Untuk maklumat lengkap mengenai keluaran terbaru ini, sila rujuk pada pos di WordPress Dev Blog.