Petua Mengubah Ikon Senyuman Asal WordPress

Tahukan anda ikon senyuman asal pada WordPress boleh diubah?

Ya, ianya boleh dilakukan tanpa memerlukan sebarang plugins. Sekadar satu modifikasi pada fail asas WordPress sahaja sudah mencukupi.

Keperluan Minima

  • Sedikit kemahiran asas PHP
  • Keinginan untuk melakukan modifikasi ini

Langkah-langkah

  • Pergi ke direktori wp-includes anda, kemudian cari fail bernama vars.php
  • Setelah jumpa file tersebut, buka dengan apa-apa penyunting teks (text editor) seperti WordPad, Notepad atau sebagainya (Cadangan: Notepad++ kerana mempunyai penonjolan sintaks atau syntax highlighting)
  • Mulakan dengan mencari kod if (!isset($wpsmiliestrans)) {
  • Jika anda perhatikan, dibawah kod tersebut terdapat array untuk senyuman WordPress. Contoh:
    	':mrgreen:' => 'icon_mrgreen.gif',
    	':neutral:' => 'icon_neutral.gif',
    
  • Jadi apa yang anda perlu lakukan adalah mengubah teks tersebut kepada ikon senyuman anda. Contoh:
    	':senyum:' => 'ikon_senyum.gif',
    	':marah:' => 'ikon_marah.gif',
    

Amaran

  • Anda perlu membuat salinan atau backup terhadap fail wp-includes/vars.php
  • Pastikan tanda (‘) dan (,) anda tidak tersilap atau ianya akan membawa kepada masalah
  • Gambar ikon perlulan diletakkan di direktori wp-includes/images/smilies/
  • Sekiranya anda ingin letakkan dalam direktori lain, contohnya wp-includes/images/smilies/ikonsaya/
  • Pastikan anda meletakkan nama direktori anda pada kod senyuman tadi. Contoh:
    	':senyum:' => 'ikonsaya/ikon_senyum.gif',
    	':marah:' => 'ikonsaya/ikon_marah.gif',
    

Jika anda ingin menggunakan plugins, sila muat turun Custom Smiley plugins.

Sekian saja petua WordPress untuk masa ini. Selamat mencuba!