Pemalam jQuery Colorbox tersedia dengan terjemahan Bahasa Melayu

Salam semua kepada pengguna WP (ms_MY),

Jujur penulis luahkan di sini, adalah liat untuk menyahut cabaran untuk menterjemahkan skrip aturcara yang sedia ada kepada Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, penulis berasa puas hati apabila terjemahan skrip aturcara diterima oleh Arne Franken di dalam pemalam jQuery Colorbox versi 3.4 (dikemaskini pada 2010-5-24) yang diterbitkan pada 2010-5-24.

Pada peringkat penterjemahan penulis memanfaatkan sumber rujukan dari Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP yang juga membandingkan perkataan-perkataan dari rumpun Melayu seperti dari Brunei dan juga Indonesia. Penulis juga mempunyai daftar kata yang telah direkodkan semenjak 2 tahun kebelakangan ini yang mengkhususkan kepada terjemahan terma-terma yang diguna pakai di dalam teknologi informasi khasnya internet.

Perihal pemalam jQuery Colorbox

Sekiranya anda pernah memasang dan memanfaatkan NextGEN Gallery, Lightbox (kemudiannya menyusul thickbox, slimbox) ataupun mana-mana skrip berasaskan AJAX, pemalam yang penulis ketengahkan kali ini merupakan persekitaran yang sama. Arne Franken telah membuat kompilasi skrip aturcara yang menggunakan ColorBox 1.3.6 jQuery dari Jack Moore (dengan lesen MIT) dan juga jQuery library versi 1.3.2 yang didatangkan bersama WordPress.

Keistimewaan jQuery Colorbox ialah berfungsi dengan galeri asal (native gallery) dan juga kepada sesuatu imej. Malahan jika ingin membubarkan kesannya ke atas sesuatu imej, sintaks class “colorbox-off” boleh di tambah kepada suntingan sifat imej (image properties). jQuery Colorbox juga boleh dipadankan bersama-sama pemalam NextGEN Gallery! Ini menjadi suatu kelebihan kerana jQuery Colorbox telah pun didatangkan dengan pra-set tema yang berjumlah 11 semuanya (versi 3.3).

Untuk artikel tambahan dan juga sisipan imej berkenaan pemalam ini, anda boleh layari di sini: inisahaini.com (nota: penulis menggunakan bahasa santai)

WordPress 2.9.1

Sukacitanya kami mengumumkan WordPress 2.9.1 versi bahasa Melayu. Sila dapatkannya dengan mengunjungi laman muat turun.

Pengguna WordPress sedia ada boleh terus meningkatkan perisian WordPress kepada versi yang terkini dengan melakukan Peningkatan Automatik: pilih menu Alatan > Peningkatan, kemudian klik butang “Peningkatan Automatik”. Sila pastikan anda memilih pakej bahasa Melayu (mempunyai kod “ms_MY”).

Selamat memblog!