WordPress 2.9.1 versi bahasa Melayu
Anda boleh memuat turun keluaran terbaru (17 Februari 2010):
Anda juga boleh menyemak direktori muat turun baru kami.
Langkah pemasangan
Sekiranya anda menggunakan versi 2.7 ke atas, anda boleh meningkatkan perisian anda dengan mudah melalui ciri peningkatan automatik. Hanya pandu melalui menu Alatan > Peningkatan
, kemudian klik butang Peningkatan Automatik
. Sila pastikan anda memilih pakej bahasa Melayu (mempunyai kod ms_MY
).
Sekiranya anda menggunakan versi lama, anda boleh mengikuti langkah-langkah di bawah:
- Ekstrak fail zip yang dimuat turun ke dalam sebuah direktori kosong.
- Buka fail
wp-sample-config.php
menggunakan penyunting teks (seperti Notepad), isikan maklumat-maklumat mengenai pangkalan data (database) anda, dan simpan fail tersebut dengan namawp-config.php
. - Muat naik semua fail ke dalam komputer pelayan (server).
- Buka
/wp-admin/install.php
melalui pelayar web anda dan ikuti arahan yang diberikan.
Anda boleh merujuk laman Installing WordPress di Codex untuk panduan yang lebih terperinci.